BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, tuan saya ada sedikit pertanyaan mengenai munakahat. Abang sulung saya mempunyai seorang anak tidak sah taraf (luar nikah) tetapi telah di ‘bin’ kan ke atas nama abang saya sendiri dan bukan dengan nama ‘Abdullah’. Soalan saya, adakah sah nikah anak tersebut jika dia bernikah dengan seorang perempuan pilihannya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, pernikahan anak tak sah taraf bagi lelaki adalah sah walaupun ber’bin’kan kepada bapa biologi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 119

message user image