BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya ada membeli beberapa rantai tangan di Turki untuk dijadikan souvenir. Rantai tangan ini ada manik yang dinamakan blue eye. Semasa saya beli saya tidak begitu peka dengan blue eye ni. Saya kemudian mengetahui bahawa blue eye ini menurut kepercayaan orang turki sebagai tolak bala atau melindungi daripada niat jahat. 

Soalan saya boleh ke orang Islam memakai rantai tangan yg ada manik blue eye ni sekadar perhiasan dan dia tidak percaya pada kepercayaan karut tersebut. Sekarang saya serba salah untuk beri souvenir tersebut. Mohon diberi pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian, ‘athiyyah dan seumpamanya. Amalan ini boleh memberi sumbangan yang positif dalam hubungan silaturahim di antara individu. Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa hadiah rantai tangan manik blue eye itu hanyalah sekadar rantai (hiasan) semata. Tidak memberikan apa-apa kelebihan atau pendinding kepada pemakainya atau sebagai penolak kepada sesuatu musibah. Dalam hal ini Islam sangat menitik beratkan soal-soal Akidah dan Syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak bersumberkan kepada  dalil yang asal seperti al-Quran dan al-Hadis adalah ditolak oleh Islam. Untuk itu, puan boleh memberikannya sebagai souvenir. Umat Islam dilarang mempercayai sesuatu benda/barang itu boleh memberi mudharat atau manfaat kepada si pemakainya kerana ia dikhuatiri boleh merosakkan akidah. Walau bagaimanapun, seandainya bentuk mata blue eye itu seperti mata satu yang terkenal dengan mata Dajjal, maka sayugia hendaklan ditinggalkan.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 267

message user image