BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ss, saya ingin dapat penjelasan kes berikut mengenai sewa tanah.satu syarikat nak sewa tanah saya 8k sebulan. pehak yang mengurus sewaan telah meawarkan khidmat utk mengurus semua urusan sewaan bagi pehak tuan tanah. pehak yang mengurus minta izin tanpa paksaan, dpd tuan tanah utk "markup" harga sewaan kpd 10k. tuan tanah dbayar 8k dan yg mengurus  2k. soalannya bolehkah sewaan ini sya teruskan.mohon panjelasan dari perspektif muamalat islam.  harap dapat jawapan kadar segera.tkasih mohon maaf.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Bayaran upah atau wang merupakan salah satu rukun dan syarat sah berkaitan upah mengupah. Ia berbentuk wang atau manfaat yang diterima daripada pemilik asal kepada pengurus sewa sebagai membayar tenaga yang digunakan untuk mengurus sesuatu perkara. Jumlah wang atau upah tersebut mestilah diketahui dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak melibatkan pemilik asal dan pengurus sewaan. 

Berdasarkan soalan tuan mengenai bayaran sewaan yang dinaikkan kepada 10k sebagai upah bayaran sebanyak 2k kepada pengurus sewaan adalah harus jika pihak tuan tanah dan pengurus sewa bersetuju dengan kadar tersebut. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW bahawa:

‌وَالْمُسْلِمُونَ ‌عَلَى ‌شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Urusan manusia itu adalah terikat dengan syarat-syarat yang dipersetujui mereka.

Menurut kitab Tuhfat al-Ahwazi syarat yang dimaksudkan adalah penetapan kadar tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak supaya tidak berlaku pergaduhan atau pertikaian daripada mana-mana pihak yang terlibat. Jadi, sewaan yang dilakukan boleh diteruskan atas sebab persetujuan kadar bayaran tersebut oleh kedua-dua pihak yang terlibat.   

Walau bagaimanapun, perkara di atas hanya diharuskan seandainya pengurus sewaan merupakan pihak ketiiga dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam syarikat yang hendak menyewa tanah berkenaan. Namun, sekiranya pihak pengurus sewaan mempunyai kepentingan di dalam syarikat yang ingin menyewa tanah tersebut, maka perkara ini dilihat terdapat isu integriti.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 70

message user image