BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya bermain permainan video, dan saya jumpa perkataan baru iaitu behemoth. Saya byk Kali juga sebut perkataan tu dlm hati setiap Kali saya nampak perkataan itu. Disebabkan saya ingin tahu maksud perkataan tu, saya cari maksudnya di google dan saya ada nampak maksud perkataan behemoth daripada terjemahan bible dan terjemahan dlm google translate. Saya pun baca petikan terjemahan dari bible sbb saya takut kalau maksud perkataan tu bertentangan dgn Islam. Berikut maksud perkataan behemoth daripada terjemahan bible, in the Old Testament, a powerful, grass-eating animal whose “bones are tubes of bronze, his limbs like bars of iron” (Job 40:18). Saya pun baca petikan terjemahan itu sbb saya takut maksud behemoth bertentangan dgn ajaran Islam, sbb saya dah byk Kali sebut perkataan behemoth dlm hati setiap Kali saya ternampak perkataan itu. Saya pun baca petikan terjemahan yg dinyatakan di atas dalam hati. Persoalan saya, adakah Haram saya membaca petikan terjemahan di atas dan adakah dengan membaca petikan terjemahan di atas boleh menyebabkan murtad. Saya membacanya sbb ingin tahu kalau2 maksud perkataan behemoth bertentangan dgn Islam. Terima kasih atas pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Murtad bermaksud beralih daripada Islam kepada agama atau anutan lain. Akidah boleh terbatal sama ada melalui perkataan, perbuatan dan pengakuan. Justeru, membuat pengakuan melalui perkataan “Murtad” dengan niat merupakan antara ciri yang boleh membatalkan akidah. Maka wajib bersyahadah dan bertaubat kepada Allah SWT.

Merujuk pada persoalan saudara, membaca petikan terjemahan Bible tanpa iktikad kepadanya membawa maksud bukan beralih daripada agama Islam kepada agama atau anutan lain. Hal ini tidak menyebabkan akidah seseorang terbatal dan tidak wajib bersyahadah. Namun begitu, sekadar untuk kesenangan hati adalah digalakkan sentiasa memperbaharui syahadah di dalam solat dan di luar solat, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

جَدِّدُوا إِيمَانَكُمْ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إِيمَانَنَا، قَالَ: أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Bermaksud: Perbaharuilah iman kamu, Rasulullah ditanya: Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami. Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkan berkata لا اله الا الله. (Riwayat Ahmad)

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 124

message user image