BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

1. bolehkah kita mengambil gambar dimana ii web untuk dijadikan sebagai wallpaper, education,rujukan

2. apakah hukum kita terbeli atau terpakai barang - barangan cetak rompak yang di buat oleh kafir harbi?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

1.  Islam menjaga hak milik manusia termasuklah hak milik penulisan, rekaan/ ciptaan dan hak milik kreativiti. Kita tidak boleh mengambil atau mencuri hak milik orang lain tanpa keizinan/ kerelaannya. Gambar di laman sesawang atau web adalah sejenis harta intelek (intelectual property) yang merupakan aset tidak nyata tetapi diiktiraf dari sudut undang-undang dan juga syarak. Akademi Fiqh Islam (Majma’ al-Fiqh al-Islami) dalam persidangan kali ke-5 yang diadakan di Kuwait pada 1409H telah membincangkan berkenaan harta tidak nyata (huquq ma’nawiyyah) dan meluluskan resolusi berikut:

“Hak cipta penulisan, ciptaan, dan rekaan adalah dipelihara dari sudut syarak. Pemilik-pemiliknya berhak untuk mengendalikannya (menjualnya, menyewanya dll). Dan hak-hak tersebut tidak harus dicerobohi”.

Oleh kerana gambar di laman sesawang atau web termasuk dalam harta intelek yang diiktiraf syarak, maka ia haram dicerobohi dan perlu dijauhi melalui aktiviti cetak rompak dan seumpamanya. Sebaiknya meminta kebenaran atau izin terlebih dahulu daripada pemilik asal sekiranya ingin mengambil gambar di laman sesawang atau web tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga gambar-gambar yang telah ditapis oleh Google dan telah diberi kebenaran oleh pemilik asal untuk digunakan oleh orang ramai. 

2. Merujuk kepada persoalan saudara, hukum membeli barangan cetak rompak yang dibuat oleh kafir harbi adalah dilarang dan ia salah mengikut undang-undang hak rekacipta. 

Jika sudah terbeli barangan tiruan tersebut, hendaklah mohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat tidak mengulangi perbuatan tersebut, perbanyakkanlah istighfar dan serahkan sahaja urusan kesilapan yang telah berlalu kepada Allah SWT. Yakinlah dengan pengampunan dan rahmat Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 106

message user image