BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum tuan ,saya ingin bertanya saya mengalami penyakit was-was tahap kronik, berkenaan kencing,bila saya kencing saya rasa macam tak bersih sampai saya duduk di dalam tandas begitu dalam keadaan lama ,sedangkan saya kencing mengikut sunnah nabi dengan berdehem tiga kali dan melurut dan rasa macam tak bersih sampai saya terus mandi tapi rasa macam tak bersih lagi ,persoalannya apakah solusi patut saya lakukan untuk berdepan keadaan macam agar tidak mengganggu kehidupan saya dan ibadah saya harap tuan menjawab persoalannya terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Waswas adalah suatu penyakit dan merupakan gangguan syaitan. Kebiasaannya, waswas terjadi dalam bab ibadat. Justeru, tuan dinasihatkan agar belajar ilmu Fiqah bagi mengetahui perkara-perkara asas dengan lebih mendalam seperti perkara yang membatalkan wuduk, syarat-syarat sah solat dan sebagainya. Ini membantu tuan agar lebih yakin dengan sebarang ibadat yang dilakukan. Selain itu, berdasarkan soalan tuan, dilihat tiada apa-apa masalah dari sudut wuduk tersebut kerana tuan tidak yakin (syak) sama ada telah suci atau belum. Berdasarkan kaedah Fiqah:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Yakin tidak dapat dihilangkan dengan syak.

Jika tuan telah bersuci dan melakukan proses-proses yang sewajarnya, maka tuan telah dianggap suci. Abaikan waswas/ syak yang datang setelah itu dan terus melakukan solat. Berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada gangguan syaitan khususnya perkara yang berkaitan dengan waswas.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 184

message user image