BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin penjelasan tuan mufti mengenai ujian allah disamakan dengan gurauan allah. Dimana fahaman ini telah tular dan menjadi pegangan ramai orang malaysia baru baru ini. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Ujian dan gurauan adalah perkara yang berbeza. Ujian Allah SWT adalah bertujuan meningkatkan martabat seseorang di sisi Allah SWT sama ada diuji dengan kemewahan atau kemiskinan.

Istilah ujian Allah disamakan dengan gurauan itu adalah pendapat peribadi seseorang yang merasakan sedemikian kerana menganggap Allah SWT sebagai kekasihnya. Bererti dekatnya hubungan seseorang dengan Allah SWT sehingga merasakan ujian yang diberikan itu tidak memberi kesan dalam hidupnya kerana semua yang berlaku sama ada berbentuk tambahan nikmat atau pengurangan nikmat adalah berasal daripada Allah SWT. Itulah perasaan yang sepatutnya dirasai oleh seorang mukmin apabila berhadapan dengan ujian sebagaimana yang disebut dalam hadis daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan, Nabi SAW bersabda:

عجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ؛ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: Seorang mukmin itu sungguh menakjubkan, karena setiap perkaranya itu baik. Namun tidak akan terjadi demikian kecuali pada seorang mukmin sejati. Jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, dan itu baik baginya. Jika ia tertimpa kesusahan, ia bersabar, dan itu baik baginya. (Riwayat Muslim)

Tiada isu pada istilah tersebut, namun masyarakat perlulah memahaminya dalam konteks yang sebenar.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 162

message user image