BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. saya melihat di tiktok ada sebahagian pengamal perubatan islam yang berdialog dengan jin dan berunding dengannya supaya keluar daripada tubuh si pesakit. adakah ini dibolehkan sedangkan jin tidak selamat daripada berbohong? Terima Kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan; secara asasnya sebahagian manusia atas dasar keilmuan dan keimanannya mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan jin terutama dalam perubatan Islam. Untuk tujuan perubatan ini, bercakap dengan jin tidak menjatuhkan seseorang kepada kekufuran atau syirik kepada Allah SWT melainkan seseorang menggunakan khidmat jin untuk tujuan tertentu. Namun begitu, perlulah diketahui bahawa jin terkenal dengan sifat dusta kerana mereka sebahagian kelompok yang sering berbohong seperti syaitan. Sepertimana kisah Abu Hurairah bertemu dengan syaitan kemudian mendapatkan informasi keutamaan ayat kursi, lalu melaporkan kepada Nabi SAW perkara tersebut. Baginda mengatakan bahwa kali ini syaitan ini berkata benar sedangkan mereka sering berdusta. Nabi SAW bersabda:

أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوب

Maksudnya: Adapun ketika itu dia berkata benar, namun asalnya dia pendusta.

(Riwayat al-Bukhari)

Meskipun terdapat kebarangkalian jin tersebut berkata benar tentang sesuatu tetapi tiada siapa yang dapat membuktikannya. Maka, perawat Islam hendaklah berhati-hati dan jangan mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan jin kerana dikhuatiri akan membawa kepada salah faham dan permusuhan.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 210

message user image