BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Asslammualaikum ustaz.. saya nak tanye kt ustaz nii.. tkade org lain lgi saya tanye. USTAZ UAI KALAU KITA TERLANJUR DENGAN SEORANG PEREMPUAN BUKAN AGAMA ISLAM APAKAH YANG KITA PATUT LAKUKAN UNTUK MENENTUKAN AGAMA BAYI YE?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perbuatan zina adalah berdosa besar dan perbuatan keji yang membawa kerosakan kepada masyarakat. Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 32:

وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَـٰحِشَةًۭ وَسَآءَ سَبِيلًۭا 

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Berdasarkan ayat ini, Imam al-Razi menjelaskan larangan mendekati zina adalah bentuk larangan supaya meninggalkan perbuatan zina kerana ia adalah perbuatan yang keji dan haram dilakukan. Pelaku yang melakukan perbuatan ini hendaklah beristighfar dan bertaubat dengan taubat nasuha serta berikrar tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Di samping itu, digalakkan juga untuk melakukan kebaikan dengan sebanyaknya bagi menutupi atau menghapuskan dosa zina.

Merujuk persoalan saudara, dari segi undang-undang dan hukum syarak, anak tidak sah taraf adalah milik sepenuh ibu yang mengandung dan melahirkannya. Hak tersebut termasuklah dari sudut hak penjagaan, perlindungan dan nafkah. Soalan saudara mengenai akidah anak tersebut adalah merujuk kepada ibunya.

Sebagai kesimpulannya, adalah dinasihatkan kepada saudara untuk segera bertaubat atas setiap perbuatan yang mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Semoga kita lebih berhati-hati dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan serta tidak mengikut hawa nafsu, di samping meningkatkan ilmu pengetahuan tentang larangan dan suruhan-Nya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 172

message user image