BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

saya namakan kucing saya aphrodite, one of the mythical greek gods. 

saya namakan hanya kerana namanya cantik dan saya langsung tak percaya akan ketuhanan greek.

adakah ini syirik?

saya sudah tukar namanya kerana hati saya mula rasa tak selesa. saya risau tentang akidah saya 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menamakan kucing atau binatang peliharaan lain dengan nama tuhan agama lain adalah dilarang dikhuatiri boleh menyebabkan rosaknya akidah. Tindakan tuan menukar nama kucing tuan dengan nama yang lain adalah suatu yang wajar. Perbuatan tuan menamakan kucing tuan dengan salah satu nama tuhan agama lain tidak menyebabkan berlakunya syirik memandangkan tuan melakukannya tanpa mempercayainya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 187

message user image