BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz

 

Pada hari sabtu yang lepas saya dan isteri pergi berubat bersama seorang sheikh dari mesir.isteri saya mengalami gangguan semasa tidur. Sheikh telah menyuruh kami untuk mengamalkan risalah Abu Dujanah di mana sheikh menulis risalah itu di atas kertas dan meminta untuk isteri saya bawa kertas tu ke mana2 untuk mengelakkan gangguan jin, termasuk meletakkanya di bawah bantal semasa tidur dan meletakkan kertas itu di kawasan badan yang sakit

Jadi persoalan saya,apakah hukum mengamalkan perbuatan tersebut dan adakah hadith sohih membenarkan amalan tersebut.

Adakah perbuatan tersebut termasuk daripada mempercayai tangkal?

 

Terim

a kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Risalah Abu Dujanah diambil daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Walau bagaimanapun, hadis tersebut dihukumkan sebagai sebagai palsu (Maudhu') oleh ahli hadis. Antara yang menghukumkannya sebagai palsu adalah Imam al-Zahabi. Oleh itu, masyarakat hendaklah mengelakkan daripada mengamalkan risalah tersebut.

Selain itu, perbuatan menulis hadis mahupun ayat al-Quran di atas kertas atau apa-apa objek dengan beriktikad bahawa ia boleh menyembuhkan mempunyai unsur tangkal (tamaim) yang ditegah oleh syarak. Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maksudnya: Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Masyarakat dinasihatkan agar merujuk kepada kaedah perubatan Islam yang diakui oleh syarak dan diterima oleh para ulama. Terdapat pelbagai kaedah perubatan Islam di luar sana yang diterima kerana berpandukan kepada nas yang sahih.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 189

message user image