BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan / puan.

Saya ingin bertanyakan soalan, apakah hukum orang Islam menerima sedekah set kain kafan daripada orang yang bukan Islam? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk pada persoalan saudari, hukum menerima sedekah atau hadiah Set Kain Kafan daripada orang yang bukan Islam adalah diharuskan dan sah penerimaan tersebut. Ini berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah SAW sendiri yang menerima hadiah daripada orang-orang bukan Islam. Hadis daripada Abu Humaid RA berkata:

أَهْدَى مَلِكُ أَيْلَةَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَغْلَةً بَيْضَاءَ، وَكَسَاهُ بُرْدًا

Maksudnya: Raja Ailah (bukan Islam) menghadiahkan untuk Nabi SAW seekor bighal putih dan selendang. (Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga hadis daripada Anas RA berkata:

إِنَّ أُكَيْدِرَ دُومَةَ أَهْدَى إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: Sesungguhnya Ukaidir Dumah (raja di daerah dekat Tabuk - bukan Islam) memberi hadiah kepada Nabi SAW. (Riwayat al-Bukhari)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 202

message user image