BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

ASSLAMUALAIKUM....saya ingin bertanya adakah kalau sye mengatakan perkataan kufur di hati dan menafikanya selapas 4 atau 5 saat selepas mengatakan perkataan kufur tersebut....tapi saya masih berpegang pada islam ....adakah saya sudah murtad ?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, akidah boleh terbatal sama ada melalui perkataan, perbuatan atau pengakuan. Justeru, mengatakan perkataan kufur di hati dengan sengaja antara ciri yang boleh menyebabkan akidah seseorang tergelincir. Ia merupakan satu dosa besar dan wajib bertaubat kepada Allah SWT. Namun ia tidak menjadikan saudara sebagai seorang yang murtad. Adalah disarankan agar sentiasa memperbaharui syahadah, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

جَدِّدُوا إِيمَانَكُمْ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إِيمَانَنَا، قَالَ: أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Bermaksud: Perbaharuilah iman kamu, Rasulullah ditanya : Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami. Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkan berkata لا اله الا الله. (Riwayat Ahmad).

Walau bagaimanapun sekiranya ia lintasan hati yang datang dengan sendiri, maka ia dimaafkan. Perbanyakkan berzikir dengan lafaz لا اله الا الله  bagi mengelakkan lintasan seperti itu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 229

message user image