BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua...sye mahu bertanya ;

1.Saya seorang ketua pelajar di sekolah dan asrama...Apakah hukum jika sya memberi denda yang keras kepada 'junior' seperti 'motor' selepas berulang kali menegurnya secara lembut? Dan bolehkah saya memberikan 'denda' tu hanya selepas dia melakukan kesalahan besar dan sudah ditegur berulang kali?

2.Adakah ada hak untuk saya memberikan hukuman keras seperti itu? Kerana sya duduk di asrama sudah lama...Jadi sya melihat ada kepentingannya denda seperti itu untuk pelajar yang betul2 degil , bukannya untuk yang mahu mendengar kata

Jazakumullah khair


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hal ehwal urusan asrama telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Maysia (KPM) sebagai garis panduan kawalan disiplin pelajar di asrama yang telah dikuatkuasakan bagi menangani gejala yang tidak sepatutnya berlaku di sekolah. Merujuk kepada persoalan saudara: 

  1. Ketua asrama merupakan wakil kepada pelajar atau ahli asrama lain yang dilantik oleh warden asrama bagi membantu pengurusan hal ehwal asrama serta memastikan semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Setiap pelajar adalah terikat dengan peraturan dan tidak boleh bertindak tanpa menerima arahan warden asrama. Sebagai ketua asrama, sewajarnya saudara memaklumkan masalah ini untuk berbincang dengan warden asrama tindakan apa yang sepatutnya dilakukan supaya pelajar berkenaan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan denda seperti yang saudara cadangkan dikhuatiri akan menimbulkan isu lain seperti pergaduhan dan sebagainya.
  2. Hak untuk memberi denda atau tindakan adalah terikat kepada arahan warden asrama atau pihak sekolah. Ia tiada kaitan dengan siapa ahli yang lebih lama atau ‘senior’ yang duduk di asrama. Hal ini bagi menangani isu salah laku atau kes buli yang merupakan perbuatan yang dilarang bagi pelajar asrama.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 67

message user image