BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, ustaz. Bolehkah seorang wanita menangguhkan mandi wajib bila suci haid ketika waktu bekerja kerana kesukaran mandi di tempat kerja.


message user image

Jawapan  

وعليکم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, boleh menangguhkan mandi wajib tersebut, namun ia tidak boleh dilengahkan sehingga luput kewajipan solat fardhu. Bila yakin haidnya telah berhenti, maka mandi wajib untuk menunaikan solat. Jika sukar dilakukan di tempat kerja, mungkin boleh dilakukan di masjid atau surau berdekatan. Wajib berusaha untuk melaksanakan perkara wajib, kaedah fiqh:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 703

message user image