BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Izinkan bertanya, baru-baru ini kecoh di Malaysia berkaitan sambutan Bon Odori yang sudah berlangsung di Selangor pada Jun tahun lepas. Jadi soalan saya, apakah hukum atau pandangan dari Mufti Selangor berkaitan sambutan ini yang turut dihadari oleh umat Islam? Mohon pencerahan, terima kasih.


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bon-Odori merupakan perayaan kebudayaan dan bukan perayaan keagamaan. Oleh yang demikian, perayaan Bon-Odori harus disertai oleh orang Islam seperti menghadiri program kebudayaan yang lain. Namun orang Islam hendaklah sentiasa memastikan kewajipan terlaksana dan menjauhkan diri daripada perkara yang bercanggah dengan Hukum Syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat, memakan makanan yang haram atau syubhah serta hiburan yang melampau dan melalaikan.    

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2727

message user image