BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum memakai pakaian yang mempunyai logo pengakap sedunia yang dikatakan seperti logo agama Kristian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pertamanya, sejauh mana kebenaran bahawa logo pengakap sedunia adalah seperti logo agama Kristian tidak dapat dipastikan. Jika berdasarkan pembacaan kepada makna-makna di sebalik logo pengakap sedunia, didapati tiada unsur agama kristian di dalamnya, namun kecenderungan yang mengatakan logo tersebut hampir sama dengan logo keagamaan kristian iaitu Fleur-de-lis kerana bentuknya yang hampir serupa. Ulamak berbeza pendapat dalam hukum pemakaian logo berunsur agama lain. Ada yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Terdapat sepotong hadith Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan daripada Imran bin Hithan dari ‘Aisyah R.ha , katanya: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصْلِيبٌ إِلَّا قَضَبَهُ Maksudnya : “ “Tidaklah Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu yang berbentuk salib di rumahnya kecuali beliau pasti memotongnya.” (Riwayat Abu Daud) Berdasarkan hadith di atas, jumhur ulama’ menyatakan bahawa hukum memakai sesuatu yang mempunyai lambang agama lain, adalah makruh. Adapun dalam bab solat dalam memakai logo ini, Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ menyatakan hukum memakai pakaian yang bergambar, atau lambang salib, atau yang melalaikan di dalam solat adalah dimakruhkan. Justeru, jika kita dapat mengelakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai logo yang membawa fitnah agama maka ianya adalah lebih baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 265

message user image