BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, semasa tahun 2013 saya belum baligh iaitu umur 7 tahun saya pernah memakan makanan RMT (rancangan makanan khas) di sekolah walaupun saya sebenarnya tidak dapat pun RMT tersebut selepas beberapa tahun baru saya teringat akan kejadian ini. Apakah yang patut saya lakukan? kerana nak cari tuan badan makanan itu pun saya tidak tahu siapa. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Perbuatan mengambil sesuatu tanpa hak dan keizinan seseorang adalah dilarang di dalam Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.

Pada asasnya, sebagai umat Islam kita perlulah memohon maaf kepada tuan badan. Namun dalam situasi yang dijelaskan, tuan badan tersebut tidak dapat dikenal pasti dan pastinya sukar untuk dijejajaki tambahan pula perkara itu berlaku bertahun lamanya. Oleh itu, disarankan bersedekah untuk tuan badan itu dengan niat menggantikan makanan tersebut dan memohon ampun kepada Allah SWT atas kesilapan lalu. Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-hamba-Nya yang ikhlas. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image