BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan tentang duit bantuan. Saya telah menerima duit bantuan walaupun saya tidak layak mengikut syarat yang telah ditetapkan disebabkan kesilapan saya mengisi borang permohonan. Namun demikian, saya telah menyerahkan duit bantuan tersebut kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan miskin. Saya juga telah membuat pembatalan permohonan bantuan bagi masa akan datang. Persoalannya, adakah saya tetap perlu memulangkan semula duit bantuan tersebut kepada pemberi dan dikira saya masih mengambil hak orang lain? Saya mohon khidmat nasihat dan pandangan pihak mufti. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Dalam Islam sememangnya umat Islam perlu memastikan sumber pendapatan yang diperolehi dengan jalan yang mematuhi kehendak syarak. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil

Diucapkan tahniah atas keperihatinan tuan yang telah membuat keputusan yang betul dengan memulangkan semula bantuan itu dan membatalkan permohonan. Pilihan yang lebih baik adalah memulangkan semula kepada pemberi tetapi sekiranya perkara itu sukar dilaksanakan, memadai dengan hanya memulangkan bantuan itu kepada yang layak tanpa perlu menyerahkannya kembali kepada pemberi.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image