BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan saya ada soalan.sekiranya pakcik kepada isteri saya baru-baru ini terlantar sakit dan sekarang adik beradik dan anak buah bergilir-gilir menguruskan dia.Pakcik kepada isteri saya belum lagi berkahwin.Saya ada soalan pada tuan/puan apakah hukum isteri saya menguruskan pakcik dia seperti menyentuh alat sulit,mencuci dan menukar pampers beliau.Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tidak menjadi kesalahan bagi anak saudara perempuan menguruskan bapa saudaranya yang sakit seperti menyentuh alat sulit, mencuci dan menukar pampers bapa saudaranya. Ini kerana bapa saudara tersebut adalah mahram atau orang yang haram berkahwin dengannya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image