BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Majikan saya bukan beragama Islam. Baru-baru ini majikan saya meminta bantuan saya untuk mencari pembekal ikan keli untuk membeli ikan keli dalam kuantiti yang banyak. Ikan keli tersebut akan dilepaskan ke dalam sungai semasa upacara keagamaan majikan saya.

Soalan saya, boleh atau tidak jika saya membantu majikan saya mendapatkan bekalan ikan keli tersebut? Dan boleh atau tidak pembekal ikan keli beragama Islam itu menjual ikan keli tersebut kepada majikan saya?

Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagai seorang pekerja tuan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak majikan selama mana tugasan tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang mahupun hukum syarak. Merujuk kepada soalan yang diajukan, membantu majikan yang meminta bantuan mencari pembekal ikan keli untuk dibeli dalam kuantiti yang banyak dan akan dilepaskan ke dalam sungai semasa suatu upacara keagamaan adalah dibenarkan selagi tuan tidak terlibat secara langsung di dalam upacara keagamaan tersebut.

Manakala jual beli orang Islam terhadap orang bukan beragama Islam secara asasnya adalah diharuskan, namun keharusan tersebut hanya terhad kepada perkara yang dibenarkan dan tidak membawa kepada perkara kemaksiatan seperti upacara pemujaan atau ritual keagamaan. Seandainya penjual itu mengetahui bahawa ikan keli itu akan digunakan di dalam upacara atau ritual keagamaan, maka ia tidak diharuskan.  

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 94

message user image