BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Apakah hukum bernikah menggunakan wali hakim? 

tetapi wali nasab masih ada ? 

saya yatim piatu,ayah meninggal dari kecik dan mak meninggal umur 11 tahun.

mak dan ayah dulu bernikah di songkla dan tidak daftar di Malaysia (tidak sempat sebab ayah meninggal) *nenek saksi pernikahan dan dah buat carian pendaftaran nikah tapi tiada hasil,sijil nikah yg di songkla pula rosak sebab banjir 

mak meninggal di usia saya 11 tahun 

saya telah menikah menggunakan wali hakim,tetapi saya masih ada abang kandung(sama bapa lain mak) beliau di singapore

dan saya ada pakcik juga belah ayah di sini(selangor,malaysia)

semasa proses untu dapatkan wali hakim saya beritahu pihak jais yg saya dah lost contact dengan family belah ayah tetapi sebenarnya saya masih boleh hubungi mereka 

 

persoalan saya adakah nikah saya menggunakan wali hakim sah ? sedangkan saya masih mempunyai ahli keluarga lelaki disebelah ayah ? 

 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengatakan perkara serta maklumat yang sebenar di dalam permohonan perkahwinan adalah amat penting dan kritikal. Ini adalah kerana kesalahan sesuatu maklumat boleh menyebabkan tidak sahnya pernikahan dan kesannya adalah besar kerana ia melibatkan nasab, harta pusaka dan sebagainya.

Seseorang yang masih mempunyai wali nasab, diharuskan berkahwin berwalikan wali Hakim dalam beberapa keadaan: 

1. Wali ghaib atau hilang yang tidak dapat dihubungi.

2. Wali enggan untuk menikahkan dengan sebab yang tidak dibenarkan atau alasan yang tidak diterima oleh syarak.

3. Wali berada jauh lebih dari 2 marhalah dari tempat di mana perempuan itu berada.

Dalam keadaan di atas wali aqrab tidak berpindah ke wali ab'ad, sebaliknya berpindah ke wali Hakim. Oleh sebab itu, adalah disarankan untuk menyatakan perkara yang sebenar kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan akad nikah yang dilangsungkan adalah sah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 13

message user image