BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ingin bertanya sesuatu tentang hobi dan cita cita saya,saya gemas melukis,mengarang dan membuat komik animasi yang ada unsur perlawanan dan pertarungan tetapj tiada unsur syirik,lucah dan sebagainya perkara yang tidak baik,jadi apakah hukumnya adakah saya diperbolehkan membuat seperti itu


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Melukis, mengarang dan membuat komik adalah perkara yang diharuskan selagimana tidak memasukkan unsur negatif dalam karya tersebut. Kemahiran kurniaan Allah SWT sebaiknya digunakan bagi mendekatkan diri kita dan orang lain kepada hidayah Allah SWT dengan memasukkan unsur-unsur dakwah, nasihat dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image