BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang satu isu berkaitan satu jenama air coffee yang panas baru ini...mereka berkata logonya menandakan zeus(god of thunder) dewa mitologi dan nama jenama dia juga seakan zeus.Ada yang berkata owner hanya mahu menutupnya dengan mengatakan logo tersebut hanyalah kaldi(coffee researcher). Persoalannya,apakah hukum minum air jenama yg mempunyai logo dewa mitologi tetapi air itu sah halal jakimnya?ADAKAH SYIRIK?.... TERIMA KASIH.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد


Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum minum kopi adalah diharuskan selagimana tiada penambahan bahan-bahan yang dilarang di dalam syarak, hasil semakan yang dilakukan jenama kopi ini juga telah mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berkaitan dengan persoalan syirik, secara umum syirik adalah apabila seseorang itu menjadikan bagi Allah SWT ada sekutu yang lain di mana dia berdoa kepadanya sebagaimana dia berdoa kepada Allah, atau takut kepadanya sebagaimana dia takut kepada Allah, atau mengharap kepadanya sebagaimana dia mengharap kepada Allah, atau dia mencintainya sebagaimana kecintaannya kepada Allah, atau dia melakukan kepadanya satu jenis daripada jenis-jenis ibadah sebagaimana ibadahnya kepada Allah. Oleh itu, jika seseorang itu hanya minum secawan kopi sambil mensyukuri nikmat kopi yang Allah kurniakan kepadanya maka tidaklah berlaku syirik, namun jika seseorang minum kopi sambil beriktikad di dalam hatinya ada tuhan selain Allah yang memberikan nikmat kepadanya maka dia telah melakukan syirik walaupun tanpa minum kopi dengan jenama tersebut.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image