BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak tanya, haritu saya rasa saya terpijak najis anjing ketika saya berjalan di persekitaran rumah untuk mencari kucing saya. Pada mula2nya saya tidak nampak tetapi kerana saya nampak lalat, terus saya pandang ke belakang dan nampak tahi anjing. Saya pun terus ke rumah untuk membuang selipar tersebut. Dalam perjalanan, Jalan raya tersebut basah dan semasa saya berjalan tiba2 saya rasa basah di ibu jari kaki saya. Saya mula rasa was2 adakah air dari jalan tersebut terpecik ke ibu jari kaki saya. Saya was2 kerana selipar saya najis dan saya berjalan di jalan raya yang basah dan saya tidak pasti air itu dari mana. Adakah patut saya samak kaki saya dan juga adakah saya juga patut samak seluruh jalan raya yang saya lalu? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Tidak pasti, andaian atau waswas tidak boleh menjadikan sesuatu itu menjadi bernajis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh: 

 ‌الشَّكُّ ‌لَا ‌يُبْنَى ‌عَلَيْهِ ‌حُكْمٌ

Maksudnya: Hukum tidak akan terbina ke atas perkara syak. 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, adalah perlu dipastikan sama ada terdapat kesan ain najis pada kaki atau tidak. Seandainya terdapat kesan ain najis anjing pada kaki, maka kawasan kaki yang terkena najis sahaja perlu disertu. Seandainya tidak dapat dipastikan terdapat kesan ain najis, maka ia tidak perlu disertu. Memandangkan situasi tersebut hanyalah waswas dan tidak dapat dipastikan sama ada wujudnya kesan najis pada kaki atau tidak, maka anggota kaki tersebut kekal suci dan tidak perlu disertu.   

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image