BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukum bermain game yg seperti berikut

1. Bermain game dan menggunakan karakter/ hero  yang mempunyai kebolehan magic/ mage seperti boleh mengeluarkan api, kilat, dan lain- lain. Adakah dikira sebagai sihir kerana terjemahan dari mage/magic ialah sihir.

2. Bermain game dan membeli kelengkapan/equipment kepada karakter untuk menguatkan karakter tersebut dan gambar kelengkapan tersebut berupa gambar alatan seperti sihir(mempunyai gambar bintang dan gambar seperti lingkaran sihir dan pemujaan) serta ganas dan kelengkapan tersebut mempunyai nama yang jahat seperti devil tears, haas claw, dan lain lain. Adakah haram jika permainan video mempunyai unsur-unsur tersebut walaupun permanan video itu tidak melibatkan unsur pemujaan.

3. Bermain game, menggunakan watak/hero dan nama watak tersebut terdiri daripada nama dewa, serta menggunakan watak/hero yang rupa atau fizikal watak tersebut mempunyai iras-iras dewa dan dewa mitologi yang digambarkan orang kafir. Sbg contoh, mempunyai sayap, byk kepala, dan lain-lain. Adakah haram permainan video yang mempunyai unsur ini kerana kebanyakan permainan video sekarang ini mempunyai unsur seperti ini.

4. Apakah cara penentuan untuk mengetahui sama ada satu satu permainan video haram atau tidak haram untuk dimainkan.

Terima kasih atas pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan-soalan yang diajukan, hukum asal bagi bermain video game adalah harus. Walaupun begitu, bagi permainan yang mempunyai unsur syirik seperti sihir, dewa dan lain-lain unsur syirik adalah dilarang. Hal ini bertepatan dengan kaedah "sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka ia adalah haram". Bahkan permainan video game seperti itu tidak mempunyai unsur maslahah (kebaikan) kepada agama. Tambahan pula kita dituntut untuk mecegah kemungkaran seperti menjauhkan diri daripada perkara yang mempunyai unsur syirik.

Berikut merupakan garis panduan penentuan hukum sesuatu hiburan seperti permainan video game sebagaimana yang digariskan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji:

- Makruh: Sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun buruk kepada manusia kerana menghabiskan masa melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.

- Haram: Sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang buruk atau diharamkan syarak seperti perjudian, gambar yang membuka aurat, menggalakkan kepada keganasan, membunuh diri dan sebagainya.

- Dibenarkan dan digalakkan: Sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat. Seperti pertandingan memanah dan permainan yang berfaedah untuk peperangan.

والله أعلم بالصواب

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 259

message user image