BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Waktu syuruk di Sarawak, Syawal 2024 berdasarkan JAKIM Malaysia adalah pada jam 6.36 am. Saya nak tunaikan solat sunat isyraq, jadi pada jam berapakah masa yang sesuai untuk tunai solat sunat tersebut? Setahu saya, waktu syuruk ni diharamkan untuk tunai solat sunat tetapi yang saya pelajari tadi, pada 15 minit setelah masuk waktu syuruk, dibolehkan untuk isyraq sedangkan tempoh haram untuk tunai solat sunat tadi ambil masa kira-kira dalam 30 minit setelah masuk waktu syuruk. Mohon penjelasan dan betulkan apa-apa yang silap dalam soalan dan kenyataan saya diatas. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, antara waktu haram untuk mengerjakan solat adalah selepas seseorang menunaikan solat fardu Subuh. Kemudian waktu haram itu berterusan sehingga matahari tinggi segalah, iaitu 16 minit selepas waktu syuruk atau terbit matahari berdasarkan kepada ketetapan yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Selangor. 16 minit selepas waktu syuruk itu di sebut sebagai waktu isyraq. Manakala waktu Dhuha adalah 25 minit selepas waktu syuruk. 

Ini bermakna, berdasarkan kepada waktu syuruk di Sarawak iaitu pukul 6.36 pagi, maka waktu yang dibenarkan melakukan solat sunat Isyraq adalah 16 minit selepas daripada itu, iaitu bermula jam 6.52 pagi. Manakala waktu Dhuha pula bermula pada pukul 7.01 pagi. 

والله أعلم بالصواب

 

 

 

 

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image