BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz, semasa sedang solat(ketika berpuasa),  benang lebihan di pipi yang terjuntai di telekung termasuk ke dalam mulut berkali2. adakah puasa saya sah kerana saya merasa benang tesebut di lidah. Sukar untuk menghalang benang itu masuk ke mulut. Ini kerana, sy ada mendengar, semasa pertama kali benang masuk, air liur kita melekat di benang tesebut, jadi jika kali kedua benang masuk, ada air liur di benang yg dah di keluarkan dr mulut tu terjilat semula. adakah sy dikira memasukkan semula air liur yg telah di keluarkan dr mulut? bagaimana puasa sy? perkara ini sudah beberapa kali terjadi. tp harini baru sy terfikir samada sah puasa atau tidak..

 


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk soalan di atas, benang yang masuk ke dalam mulut tersebut tidak membatalkan puasa sekiranya tiada mana-mana bahagian benang tersebut yang ditelan masuk ke dalam perut. Namun, jika sekiranya terdapat air liur yang melekat kepada benang tersebut semasa benang tersebut dikeluarkan daripada mulut, maka hendaklah dipastikan air liur tersebut tidak dimasukkan semula ke dalam mulut dan ditelan masuk ke dalam perut ketika mana benang tersebut memasuki mulut kembali. Perkara ini boleh membatalkan puasa. Jika tidak, maka ia tidak membatalkan puasa. Sekiranya sedia maklum terdapat benang yang terjuntai dan benang tersebut diyakini boleh memasuki mulut, maka hendaklah mengambil langkah berhati-hati memastikan benang tersebut tidak memasuki mulut kembali. Disarankan sebelum mula solat, menggunting benang yang terjuntai tersebut untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 29

message user image