BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan status anak susuan saya, adakah status anak susuan saya  mahram jika bersalaman dgn ayah tiri saya? ayah tiri saya adalah hasil perkahwinan dengan ibu kandung saya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, hubungan bapa tiri kepada anak perempuan tiri adalah mahram mu`abbad (selamanya), apabila sudah berlaku persetubuhan antara bapa tiri dan ibu mereka selepas mereka sah berkahwin. Ini berdasarkan berdalilkan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 23 iaitu:

وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ

Maksudnya: Dan (juga perempuan-perempuan yang diharamkan kamu berkahwin dengan mereka ialah) anak-anak perempuan tiri kamu yang telah kami setubuhi ibu-ibu mereka.

Sehubungan itu, apabila telah sabit hubungan mahram mu`abbad antara ayah tiri (suami ibu) dengan puan, maka pada yang sama ayah tiri puan menjadi mahram mu'abbad kepada anak susuan puan. Ini bermakna, tidak batal wuduk apabila bersalaman dan mereka tidak boleh berkahwin. Namun ayah tiri tidak boleh menjadi wali perkahwinan kepada puan atau anak susuan puan kerana tiada hubungan nasab.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image