BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum jika seseorang masuk Islam dan sudah mengucap dua kalimah syahadah, namun masa pendaftaran mualaf dia ditolak disebabkan ada masalah berkaitan status dokumen tidak lengkap, jadi adakah dia sudah dikira sah Islamnya dan orang yang bantu dia perlu ajar dia berkaitan amalan dalam Islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mengucapkan syahadah adalah pintu masuk ke agama Islam dan merupakan langkah awal menuju kepada kesucian rohani.

Daripada ‘Ubadah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dan bahawasanya ‘Isa adalah hamba dan utusan-Nya dan kalimat-Nya yang Dia sampaikan kepada Maryam dan ruh dari-Nya, dan (dia juga bersaksi) bahawa syurga itu benar adanya dan neraka itu benar adanya, maka Allah akan memasukkan dirinya ke dalam surga berapa pun amal yang telah diperbuatnya. (Riwayat al-Bukhari)

Secara lazimnya apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah, maka pengislamannya adalah sah di sisi syarak, dan orang tersebut boleh mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam. Namun begitu, orang tersebut perlulah melengkapkan dokumen pengislaman bagi menguruskan pendaftaran pengislamannya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Penjagaan Dan Pengajaran Bagi Muallaf (Negeri Selangor) 2009.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 94

message user image