BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya mengenai najis

Ibu saya memelihara lebih daripada 10 kucing dan kesemua kucingnya berak dan kencing dalam bilik air (di atas lantai)

Setelah sekian lama ibu saya memelihara kucing tiba tiba saya terfikir apakah hukumnya sekiranya kucing kucing ini memijak air kencingnya sendiri dan masuk dalam rumah. Untuk pengetahuan tuan/puan kucing ibu saya ada yg didalam sangkar dan ada yg dilepaskan. untuk didalam sangkar akan dilepaskan untuk kencing berak dalam bilik air juga. Secara kesimpulannya kucing kucing ibu saya bebas begerak didalam rumah setiap masa. Jadi ada kemungkinan mereka terpijak air kencing sendiri dan terus masuk ke dalam rumah. Agak sukar jugak untuk memantau setiap kucing ni dan agak sukar jugak untuk mop lantai satu rumah setiap kali sekor kucing kencing sbb jumlah kucing yg banyak  dan waktu kencing mereka berbeza.

Kesemua kucing kucing ini ialah kucing jalanan yang dibela sejak lahir lagi dan sudah terbiasa kencing dan berak di dalam bilik air. Mereka enggan menggunakan pasir. Sekiranya meletakkan kain lapik di depan bilik air pun kucing kucing ni enggan memijaknya. Saya pun buntu. Tak mungkin ibu saya akan membuang kucing kucingnya dan tidak masuk akal jugak untuk mop lantai rumah setiap masa dengan keadaan ibu yg semakin tua

 

Saya harap pihak tuan boleh memberikan penerangan dan solusi bagi isu ini. Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum saya menjawab soalan yang diajukan, perlu kita fahami perasaan was-was atau syak terhadap sesuatu perkara adakah ia bernajis atau tidak, maka secara yakin ia tidak bernajis. Ini bertepatan dengan kaedah asal bagi suatu perkara adalah bersih dan suci sehingga terbukti ia adalah najis seperti yang disebutkan dalam Fath al-Bari.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, secara umumnya kucing adalah binatang yang pada kebiasaannya menjaga kebersihan. Status lantai rumah adalah bersih dan suci. Ini kerana  "kemungkinan" atau "sekiranya" adalah perasaan was-was atau syak. Perasaan was-was tidak dapat menghukumkan sesuatu itu sebagai bernajis sehingga yakin dapat dipastikan dengan melihat kucimg-kucing tersebut pijak najis lalu berjalan di kawasan rumah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 35

message user image