BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga berada dalam rahmat Allah SWT. Persoalan saya:

1. Saya membasuh tangan yang terkena najis dengan sabun. Setelah hilang kesan-kesan najis, masih terdapat bau sabun. Adakah tangan sudah dikira suci kerana tiada lagi kesan najis kecuali bau sabun

2. Assalamualaikum ustaz, saya nk bertanya. Kalau kulit tangan yng berminyak dan berpeluh secara semulajadi terkena najis, adakah cukup menghilangkan zat dan kesan najis sahaja. Kerana sukar untuk menghilangkan kesan minyak dan peluh pada kulit.

Jazakallah Khairan.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan, Islam sangat mementingkan kebersihan dan kesucian dalam kehidupan seharian yang merupakan ciri-ciri orang yang beriman. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW: 

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

Maksud: Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan

1) Syarat utama bagi menyucikan najis adalah mesti menggunakan air mutlak. Selain itu, syarat lain yang perlu dipenuhi adalah tempat yang diyakini terkena najis itu hendaklah dibasuh dengan air yang mengalir. Justeru, sabun adalah merupakan alat tambahan sahaja jika berlaku kesukaran untuk membersihkan najis tersebut dan ia bukan syarat yang utama bagi menyucikan sesuatu najis itu. Jika tuan sudah menyakini bahawa hilangnya pada najis itu dengan basuhan air mutlak melalui tiga sifat utama seperti bau, rasa dan warna, maka sudah dikira suci. 

2) Minyak dan peluh tidak dikira sebagai najis tetapi dikategorikan sebagai kotoran sahaja. Justeru, yang dituntut kesucian hanya pada sesuatu yang diyakini terkana najis sahaja. Oleh itu, jika terkena najis pada bahagian kulit tangan yang berminyak dan peluh seperti situasi tuan, maka yang dituntut hanya menyucikan zat dan kesan najis yang terkena pada kulit tersebut, adapun minyak dan peluh tidak dituntut untuk dibersihkan kerana tidak dikira sebagai najis, lebih-lebih lagi keadaan yang sukar untuk dibersihkannya, maka cukup dengan menyakini najis tersebut sudah hilang. Cara menyucikannya sama seperti jawapan pada soalan yang pertama. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image