BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah sah sembahyang dipelihara kucing dalam bilek tido sebab bulunya senantiasa bertaburan dalam bilek yg pasti melekat disemua pakaian dan sejadah.


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Sesungguhnya Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah RA, sabda Baginda SAW:

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ، أَوِ الطَّوَّافَاتِ

Maksudnya: Sesungguhnya kucing bukanlah najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di sekitar kamu. (Riwayat al-Tirmizi) 

Di samping itu, menurut mazhab al-Syafi'i, bulu-bulu kucing yang sedikit yang melekat pada pakaian adalah termasuk dalam najis yang dimaafkan (al-ma’fuwat). Hal ini seperti dinyatakan Imam al-Khatib al-Syirbini bahawa:

وَعَنْ يَسِيرِهِ عُرْفًا مِنْ ‌شَعْرٍ ‌نَجِسٍ مِنْ غَيْرِ نَحْوِ كَلْبٍ

Maksudnya: Dimaafkan bilangan yang sedikit secara adat (‘uruf) bulu-bulu najis haiwan selain daripada anjing.

Justeru, sah solat sekiranya terdapat sedikit bulu kucing yang melekat pada pakaian atau sejadah. Namun sekiranya terdapat tompokan bulu kucing yang banyak, maka ia tidak dimaafkan. Oleh itu, digalakkan bagi mereka yang berada dalam situasi ini berusaha untuk menghilangkan bulu-bulu kucing yang terdapat pada pakaian atau sejadah sebelum mendirikan solat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 22

message user image