BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum. Saya hendak bertanya satu soalan tentang hukum. Baru-baru ini sewaktu saya berborak dengan isteri saya tentang seekor lembu korban, dengan tidak sengaja saya telah mengeluarkan kenyataan seekor lembu itu kulitnya serupa babi kerana warna kulit kembu itu memang sama dengan warna kulit babi.

Apakah hukum selepas saya mengeluarkan kata-kata itu?Adakah saya sudah tudak boleh memakan daging lembu lagi?

Diharap pihak jabatan mufti negeri Selangor dapat memberi penjelasan di atas keraguan ini. Saya amat kesal sekali kerana terkeluarnya kata-kata itu dari mulut saya. Sekian, terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menyamakan kulit sesuatu haiwan dengan haiwan lain yang haram dimakan tidak menatijahkan apa-apa hukum. Tuan boleh sahaja memakan daging itu setelah disembelih seperti biasa. Hal ini berbeza dengan isu menyamakan isteri dengan ahli keluarga yang haram dikahwini kerana boleh jatuh hukum zihar. Zihar mempunyai nas yang jelas dalam syarak, maka isu lain yang dilihat hampir serupa tidak boleh dikiaskan dengannya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image