BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum YBhg Ustaz,

Terdapat safu hartanah yang dibeli oleh seseoranh saudara terdekat yg mengunakan nama saya. Untuk makluman hanya nama saja yg digunakan dan secara dasarnya saya bkn oemilik sebenar.

Namun pemilik sebenar tersebut telah pun meninggal dunia.

Apakah harta tersebut dikira menjadi milik mutlak saya atau pun saya perlu serahkan kpd waris2 si arwah? Untuk makluman waris2 tersebut mengetahui uriusan nama saya telah digunakan utk hartanah tersebut. 

Apakah hukumnya kpd saya dan bolehkah waris2 tersebut menuntut hartanah tersebut?

Mohon pencerqhan ustaz.

Tk


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Harta pusaka bermaksud segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukan, hartanah tersebut adalah kategori harta pusaka. Pihak tuan merupakan sebagai penama sahaja ke atas hartanah tersebut. Pihak tuan perlu menyerahkan hartanah tersebut kepada waris-waris si mati yang berhak.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 18

message user image