BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

HUKUM PEMBELIAN PERMAINAN VIDEO (VIDEO GAME) MENGGUNAKAN MATA WANG ASING YANG LEBIH MURAH

Assalamualaikum Tn./Pn.

Apakah hukum pembelian permainan video yang dijual di platform antarabangsa dengan menggunakan matawang yang lebih murah? 

Misalnya, saya ingin membeli permainan video untuk Nintendo Switch. Platform pembelian permainan video Nintendo Switch tidak tersedia untuk matawang Malaysia. Sekiranya pemain dari Malaysia ingin membeli, platform akan menggunakan matawang USD, tetapi jumlah pertukaran harga permainan dari USD ke MYR akan menjadikan harga lebih tinggi. Disebabkan oleh itu, terdapat satu laman sesawang dimana saya boleh melihat pertukaran harga ke matawang lain yang lebih murah dan saya perlu menukar tetapan (settings) lokasi Nintendo Switch saya ke negara tersebut untuk membeli dengan harga murah. Negaea yang mempunyai harga termurah adalah tidak tetap dan akan ditukar mengikut kadar pertukaran matawang mengikut harga permainan tersebut.

Disini saya lampirkan laman sesawang yang diwujudkan untuk membuat perbandinga  harga mengikut matawang;

https://eshop-prices.com/games/199-overcooked-special-edition?currency=MYR

Saya harap Tn./Pn. faham mengenai contoh dan situasi yang saya berikan dan dapat berikan pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, membeli barangan menggunakan matawang asing bergantung pada harga tukaran yang paling murah adalah diharuskan. Namun keharusan ini tergantung pada jenis barangan yang dibeli jika ianya barangan yang diharuskan maka ianya diharuskan, jika barang yang dibeli mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam maka hukumnya juga berubah menjadi haram.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 673

message user image