BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apa hukumnya bagi seorang isteri atau wanita yang membuka tudung dengan niat untuk membetulkan rambut ketika di dalam tandas wanita. Soalan kedua, apakah hukumnya jika di dalam tandas wanita tersebut terdapat beberapa orang maknyah atau transgender. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

 السلام عليکم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya berbalik kepada asal, bahawa golongan maknyah atau transgender itu dihukumkan bukan mahram. Islam melarang lelaki yang bertukar menjadi perempuan, begitu juga perempuan yang bertukar menjadi lelaki. Oleh itu, mereka tetap dihukumkan sebagai lelaki asal walaupun telah menjadi maknyah atau transgender. Wajib menutup aurat walaupun mereka masuk ke tandas perempuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 375

message user image