BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya saya pernah mandi kemudian saya terkencing ketika mandi saya lupa untuk cuci saya terus ambik wuduh dan solat, saya solat pakai tuala selepas solat baru saya teringat saya tidak mencuci najis tersebut dan takut tuala tersebut terkena air kencing ketika saya sedang sujud, rukuk dan duduk antara 2 sujud saya solat semula tetapi keesokan harinya saya solat menggunakan tuala yg sama kemudia baru teringat semalam lupa nk cuci najis dan solat dengan tuala tu saya menjadi was was adakah solat itu sah kerana saya melihat tiada kesan dan rasa tetapi saya menghidu setiap sudut tuala tersebut setiap sudut berbau lain2 saya tau itu bukan bau air kencing tetapi terdapat satu sudut tuala tersebut berbau saya rasa mcm bau air kencing tapi rasa mcm bukan, saya jadi tidak yakin perlukah saya mengulang solat saya semula?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.

Sehubungan itu, merujuk isu terkencing semasa mandi, maka mandi dengan meratakan air ke seluruh badan termasuk kemaluan secara tidak langsung telah membersihkan dan mensucikan segala kekotoran dan juga najis yang terdapat pada anggota tubuh badan. Oleh itu, tidak timbul lagi anggota badan dan tuala mandi tersebut adalah kekal suci daripada najis serta solat yang dilaksanakan adalah sah dan tidak perlu diulang semula.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 41

message user image