BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya was-was setelah makan coklat yang mengandungi susu tanpa lemak, yang tidak diketahui asal haiwan itu disembelih dengan cara halal atau tidak? Yang saya dapat pastikan haiwan itu bukanlah khinzir, dan coklat itu merupakan keluaran dari negara Switzerland. Adakah saya perlu menyamak kerana telah memakan coklat tersebut? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Memakan coklat atau makanan yang berasaskan susu tanpa mengetahui adakah haiwan tenusu tersebut disembelih dengan kaedah Islam atau tidak adalah perkara syubhah yang sebaiknya dielakkan. Nu'man bin Basyir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

الحَلَالُ بَيِّنٌ، والحَرَامُ بَيِّنٌ، وبيْنَهُما مُشَبَّهَاتٌ لا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى المُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وعِرْضِهِ

Maksudnya: Perkara halal itu pasti dan perkara haram itu pasti dan di antara keduanya adalah perkara syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh ramai manusia. Sesiapa yang dapat mengelakkan diri dari perkara syubhah maka dia telah terpelihara agama dan maruahnya. 

(Riwayat al-Bukhari)

Sewajarnya pastikan dahulu makanan yang mempunyai tanda pengesahan halal. Namun sekiranya telah memakan makanan syubhah tersebut, maka perlu lebih teliti pada masa yang akan datang dan tidak perlu disertu.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 29

message user image