BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada soalan mengenai zakat insuran. Saya mengambil insuran Sun Infinity-i dari Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Selama 5 tahun, saya sudah mebayar RM50,000. Setiap tahun akan dapat 8% dividen. Insuran ini ada jangka hayat matang selama 15 tahun. Setelah matang, pihak insuran kan memberi semula RM 50,000 bersama dengan sedikit keuntungan (jika ada).

Soalan saya, perlukah saya keluarkan zakat 2,5% keatas duit RM 50,000 tersebut setiap tahun? Atau saya cuma membayar zakat setelah 15 tahun matang nanti dan mendapat semula duit tersebut?

Diharap ustaz dapat menberi mencerahan.

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi yang dinyatakan, zakat yang wajib ditunaikan adalah zakat simpanan. Walau bagaimanapun, zakat simpanan hanya wajib ditunaikan setelah sempurna dua syarat iaitu genap setahun qamariah pemilikan duit tersebut (haul) dan pemilikan tersebut melebihi kadar wajib zakat (nisab). Pemilikan hendaklah pemilikan sempurna (milku al-tam) iaitu boleh dimanfaatkan oleh pemilik (imkan al-Tasarruf). 

Namun sekiranya masih belum berlaku pemilikan sempurna, maka zakat harta tersebut tidak wajib dikeluarkan. Merujuk kepada soalan yang diajukan, selagi mana RM 50,000.00 masih belum dibayar semula kepada pencarum, maka zakat tidak wajib ditunaikan. Zakat hanya wajib ditunaikan apabila pencarum menerima semula duit tersebut, seterusnya menyimpan selama setahun qamariah tanpa berkurang nilainya daripada nisab.  

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image