BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya merawat kulit wajah menggunakan pico laser? Hal ini kerana wajah saya mempunyai garis-garis kedutan (marionette lines) seperti orang yang sudah tua, sedangkan saya masih 23 tahun. Ini menyebabkan saya menjadi malu untuk menunjukkan wajah saya di tempat awam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perkara ini telah dinyatakan dalam keputusan Akademi Fiqh Islami Malaysia yang telah dibincangkan pada tahun 2007 mengenai hukum  ‘Pembedahan Untuk Tujuan Kecantikan’’ iaitu: 

لا يجوز إزالة التجاعيد بالجراحة أو الحقن ما لم تكن حالة مرضية شريطة أمن الضرر

Maksudnya: Tidak dibenarkan menghilangkan kedutan melalui pembedahan ataupun suntikan melainkan ia bertujuan perubatan dan dengan syarat tidak ada mudarat. Kaedah fiqh yang berlaku dalam masalah ini ialah: 

ما كان للتجميل فحرام وما كان لإزالة العيب فحلال

Maksudnya: Apa yang mengubah untuk tujuan kecantikan, hukumnya haram (tidak dibenarkan), sedangkan untuk menghilangkan aib adalah halal (dibenarkan).

Maka merujuk kepada persoalan yang diajukan, adalah diharuskan melakukan rawatan tersebut jika ia bertujuan menghilangkan aib dan bukan bertujuan kecantikan dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 31

message user image