BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Ada kepercayaan bahawa menanam pokok kelapa dihadapan rumah kita akan mendatang mudarat seperti rezeki tak masuk atau apapa mudarat.apa pandangan islam berkenaan perkara tersebut.apa hukumnya kalau berkeyakinan demikian.mohon penjelasan terima kasih .wassalam


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, kepercayaan bahawa menanam pokok kelapa di hadapan rumah akan mendatangkan mudarat adalah termasuk dalam perkara-perkara khurafat. Khurafat ini adalah kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya perkara baik atau musibah terhadap sesuatu perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian yang berlaku akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.

Sehubungan itu, sesuatu ilmu, amalan atau kepercayaan sekiranya ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran Islam serta tidak melanggar batas-batas yang telah digariskan maka ia dibenarkan dalam Islam. Namun, sekiranya ia bercanggah dengan apa yang telah digariskan oleh syariat, maka ia ditegah daripada mengikuti dan mengamalkannya. Begitu juga dengan adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang, ianya boleh diamalkan jika amalan tersebut tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Allah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 107

message user image