BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...kawan saya ada meminjam duit rm20k untuk buat modal menjalankan bisnes dengan berjanji akan memberi saya rm700 sebulan kerana mengeluarkal modal untuknya... Setelah 3 tahun kawan pulangkan semula duit modal tersebut kerana sudah stabil... Selama setahun permulaan kawan memberi saya rm700 sebulan seperti yang dijanjikan tetapi 2 tahun seterusnya kawan tidak beri dan memulangkan duit saya rm20k sebagaimana saya memberinya...

Soalan saya...adakah kawan saya ini berhutang dengan saya kerana semasa dia memulangkan duit rm20k dia berjanji akan membayar duit bulanan sikit2 tapi setelah sekian lama masih mendiamkan diri...

soalan yang ke2... Adakah riba duit bulanan yang saya terima itu...

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 


Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya wang sebanyak RM20 ribu yang diberikan itu atas kontrak atau akad pinjaman, maka hasil yang diterima sebanyak RM700 sebulan itu dikategorikan sebagai riba dan ia termasuk harta yang tidak patuh syarak yang mesti diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri. Jika wang sudah tiada atau telah habis digunakan maka segeralah mohonlah keampunan dari Allah SWT atas kesilapan yang dilakukan atas kejahilan.

Menjanjikan pulangan sebanyak RM700 sebulan adalah perjanjian yang tidak sah dari sudut syarak dan pemiutang (orang yang memberikan hutang) tidak layak menerima baki wang bulanan yang dijanjikan kerana ianya wang tidak patuh syariah. Ia tidak dkira sebagai hutang. Tambahan pula orang yang berhutang telah selesai membayar duit pokok yang dipinjam sebanyak RM20 ribu itu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image