BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mohon pencerahan.

Saya ada membasuh najis anak. Kemudian sedikit percikan basuhan itu termasuk ke dalam baldi. 

Soalan pertama : Adakah air dalam baldi itu menjadi air mutannajis?

Soalan kedua: Air itu digunakan untuk mandi. Adakah selepas mandi, air di badan yang menitik dan kaki yang basah memijak di lantai rumah adakah najis dan lantai perlu dicuci? Tuala yang digunakan untuk lap badan adakah perlu dicuci? 
 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Percikan air basuhan najis yang sedikit atau tidak dapat dipastikan mengandungi najis atau tidak yang masuk ke dalam baldi adalah dimaafkan dan tidak menjadikan air di dalam baldi itu menjadi air mutanajjis.

2. Air di dalam baldi itu adalah suci. Oleh itu tidak timbul permasaalahan najis pada badan, kaki, lantai, tuala dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image