BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya pernah tanya mengenai solat duduk, No. soalan: 224/2023

Hari tu ada ustad tu kata solat duduk atas kerusi tu kaki kerusi yang belakang boleh sama dengan saf kaki orang yang sihat kalau kita berada bukan ditepi (saf tak penuh)

tapi kalau saf penuh saf solat diatas kerusi tu  boleh je kita berdiri sama dengan makmum lain (dihujung saf),

Ustad tu kata dalam mana-mana kitab tak de pun cerita solat atas kerusi


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Pertama sekali, permasalahan solat duduk di atas kerusi adalah permasalahan yang agak baru. Agak sukar untuk kita jumpa perbahasan solat duduk di atas kerusi dalam mana-mana kitab fiqh. Yang ditunjukkan dalam kebanyakan kitab fiqh adalah solat duduk di lantai seperti duduk tasyahud. Oleh sebab itu berlaku perbezaan antara kalangan ilmuwan kini dalam menetapkan panduan solat duduk di atas kerusi.

Kedua, saya kongsikan sedikit garis panduan solat duduk atas kerusi ketika solat berjemaah:

- Kerusi yang digunakan hendaklah berada di hujung saf pada permulaan saf.

- Bahagian belakang kaki kerusi hendaklah selari dengan kedudukan tumit kaki jemaah yang lain.

- Kedudukan kaki orang solat di atas kerusi tidak terkehadapan melebihi kaki imam.

- Keruis hendaklah bersaiz sederhana dan seragam untuk menjaga keselesaan jemaah lain.

Walau bagaimanapun, jika terdapat perubahan garis panduan daripada pihak autoriti yang lain seperti JAKIM atau Majlis Hal Ehwal Kebangsaan Islam, maka dibenarkan untuk mengikuti garis panduan yang disediakan oleh pihak berkenaan.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image