BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum tuan mufti 

Soalan saya :

1. Apakah hukum menjual barang secara dropship 

2. Apakah hukum apabila  saya ambil gambar produk di shopee dan saya mark up harga produk tersebut dan promosikan produk tersebut ke platform perniagaan yang lain 

Contoh situasi 

Saya akan mengambil gambar yang hendak dijual di platform shopee dan saya akan masukkan gambar tersebut ke platform yang lain dengan menggunakan nama kedai saya apabila barang yang saya promosikan itu terjual saya akan beli barang dari shopee dan terus hantar kepada customer 

Apakah hukum berniaga seperti situasi yang diberikan 

Sekian terima kasih bagi pihak Tuan Mufti,


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Kami mulakan dengan firman Allah SWT  dalam surah al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَیۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

1. Dropship adalah satu bentuk model perniagaan di mana anda menjadi ejen kepada sesebuah syarikat perniagaan tanpa memegang sebarang stok atau barang jualan. Dropshiper (agen dropship) akan bertindak sebagai orang tengah dengan mempromosi dan melakukan jualan. Bila berlaku jualan, anda akan hantar maklumat pesanan tersebut kepada syarikat dan syarikat akan melakukan proses penghantaran produk terus kepada pelanggan. Pelanggan akan membuat pembayaran kepada dropshiper pada harga jualan, dan dropshiper akan membuat pembayaran kepada syarikat pada harga agen yang lebih rendah daripada harga jualan yang mana perbezaan harga itu merupakan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh dropshiper. 

Pada asasnya model atau kaedah perniagaan seperti adalah diharuskan yang mana dropshiper bertindak sebagai wakil syarikat di dalam urusan jual beli dengan mendapat upah. Ia diharuskan selama memenuhi semua syarat serta persetujuan yang dibuat di antara pihak syarikat dan dropshiper, tidak mengandungi gharar (ketidakpastian) atau penipuan. 

2. Mengambil gambar atau iklan orang lain untuk kegunaan sendiri boleh dianggap mengambil atau menggunakan hak orang lain tanpa izin. Sebaiknya meminta izin daripada pemilik iklan tersebut atau membuat iklan sendiri.

Berhubung perniagaan yang dijalankan, ia adalah harus selagi mana urusan jual beli adalah barangan serta perkhidmatan yang halal di sisi syarak. Manakala menaikkan harga jualan juga diharuskan kerana perniagaan adalah bermotifkan keuntungan tetapi biarlah kenaikan (markup) tersebut munasabah serta tidak melibatkan unsur gharar atau penipuan..

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image