BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada saya perlu sertu atau tidak sekiranya saya tersentuh bungkusan makanan yang mengandungi daging babi. Pada tangan saya tidak mempunyai bau atau apa apa kesan daripada makanan itu. Adakah saya perlu sertu? Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini tangan tersebut terkena ain najis melalui bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tangan yang diyakini tersentuh atau terpegang samada daging dari najis mughalazah perlu dilakukan apabila jelas kelihatan seperti masakan daging babi tersebut hendaklah disucikan sehingga menghilangkan kesan tersebut dan kemudiannya disertu dengan membasuh kawasan yang terkena najis dengan 7 kali basuhan dan basuhan pertama menggunakan air bercampur tanah. 

Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh berikut: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak perlu disertu. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 42

message user image