BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada 2 soalan ingin diajukan 1. dirumah saya ada membela 4 ekor kucing dan bulu mereka gugur ada kala berterbangan merata. saya tau bulu kucing yang tercabut adalah najis. saya pernah selepas mandi saya mengelap badan menggunakan tuala dan perasan ada bulu dibadan saya bila saya tanya kepada ibu saya dia kata itu bkn bulu kucing mungkin itu adalah bulu halus dari kekabu ataupun kain tuala itu, saya sampai tidak boleh membezakan mana satu bulu kucing atau bulu halus itu saya rasa macam bulu kadang bukan, saya takut jika telah mengeringkan badan dengan menggunakan tuala yang ada bulu kucing dan ia menyebar kesuluruh badan saya.

 2. ketika tahiyat akhir saya sudah duduk posisi tahiyat tawaruk dan ketika baca tahiyat akhir tiba tiba saya terlupa jika itu duduk antara 2 sujud yang pertama atau yang kedua kerana tidak yakin tanpa menukar posisi duduk saya berhenti baca tahiyat akhir dan sujud lagi sekali kemudian duduk kembali ke posisi duduk tawaruk dan membaca tahiyat akhir sekali lagi adakah betul perbuatan saya dan adakah sah solat saya?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan; 

1) Kucing merupakan haiwan yang suci dan sering berkeliaran di sekeliling manusia. Akan tetapi, bulu kucing yang tercabut atau tertanggal termasuk dalam kategori najis yang dimaafkan jika sedikit. Namun begitu, dalam situasi yang puan alami iaitu dalam keadaan tidak dapat membezakan antara bulu kucing yang gugur atau bulu halus dari kekabu, maka syarak menyuruh untuk menghilangkan keraguan padanya dengan menyakini bahawa asal sesuatu perkara itu adalah suci. Hal ini berdasarkan kepada kaedah feqh seperti yang disebutkan oleh para ulama iaitu kaedah:

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.

Selain itu, kaedah fekah yang menyokong perkara tersebut menyatakan bahawa: 

الْأَصْل بَقَاء مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya : Pada asasnya, sesuatu itu kekal mengikut keadaan asalnya. 

Hal ini kerana pada asalnya, hukum setiap sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis secara jelas dan yakin seperti bulu kucing yang hinggap pada tuala tersebut. 

2) Solat yang dilakukan oleh puan adalah sah dan tidak perlu digantikan semula. Hal ini kerana jika seseorang berlaku syak pada sesuatu rukun solat sama ada dia telah lakukan ataupun belum, maka perlu baginya untuk membina atas keyakinan. Sebagai contoh, jika seseorang itu berasa syak di dalam solatnya, kemudian dia tidak tahu berapa rakaatkah yang telah dia lakukan sama ada tiga rakaat atau empat rakaat, maka hendaklah dia menghilangkan syak dan dia perlulah membina berdasarkan apa yang dia yakin. Di samping itu, disunatkan baginya untuk sujud sahwi kerana telah melakukan kesilapan pada rukun solat. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image