BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat pertanyaan, ada team pemain golf selalu mengenakan bayaran dalam setiap pertandingan sebagai contoh dalam pertandingan golft 1 flight 4 orang dan mereka menentukan 1 orang dikenakan bayaran RM50. Siapa yang mendapatkan skor terbaik akan mendapat semua bayaran RM50 x 4 org = RM200. Manakala bayaran masuk untuk ke padang golf telah dibayar awal setiap orang. Apakah menjadi kesalahan bayaran RM50 setiap orang tersebut. Adakah juga ia dianggapkan sebagai satu perjudian?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah S.W.T berfiman di dalam surah al-Ma’idah ayat 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Berdasarkan situats yang diceritakan sememangnya percaturan ini mempunyai unsur perjudian yang diharamkan oleh Islam. Keadaan ini dijelaskan di dalam kitabnya Fiqh Al-Manhaji Ala Mazhab Imam Syafi'i bahawa antara ciri judi adalah “Kesemua peserta membayar penyertaan dan bayaran itu akan dijadikan hadiah kepada pemenang”.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga ada menyediakan Garis Panduan Berasaskan Hadiah Bil.5 Tahun 2013 sebagai panduan penganjuran sukan yang melibatkan bayaran wang bagi mengelakkan berlakunya eksplotasi, kesamaran, pertaruhan, nasib dan pembaziran.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 29

message user image