BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Hukum merancang menjadikan Marikh sebagai planet kedua setelah Bumi bagi kehidupan manusia. 

Assalamualaikum wbt, saya pernah menjalankan sebuah pembentangan tugasan bagi subjek di universiti berkenaan kerelevenan pengembaraan ke planet Marikh sebagai tujuan untuk meneroka sama ada Marikh bersesuaian untuk menjadi tempat tinggal kedua atau ‘secondary planet’ kepada manusia. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk manusia berpindah ke Marikh sekiranya Bumi tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat tinggal atau apabila Bumi tidak lagi mampu menampung bilangan manusia yang terlalu ramai satu hari nanti. Tidak dinafikan, pengembaraan ke Marikh meibatkan beberapa misi dan antara misi yang baik adalah untuk mencari penawar bagi penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan sebagainya. Namun, pengembaraan ini turut melibatkan misi untuk menjadikan Marikh sebagai planet kedua untuk kehidupan manusia. Persoalan saya, Allah telah menjadikan Bumi sebagai hamparan atau tempat tinggal manusia seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran. Oleh itu, adakah menyalahi hukum apabila terdapat beberapa syarikat seperti NASA dan Space X yang bercadang untuk menjadikan Marikh sebagai tempat tinggal manusia satu hari nanti sedangkan di dalam Al-Quran telah menyebutkan bahawa tempat tinggal manusia adalah di Bumi? Tambahan pula di dalam Al-Quran Allah juga telah menggalakkan manusia untuk meneroka dan mengembara namun Allah menyebutkan pengembaraan tersebut adalah bagi muka bumi yang telah Allah ciptakan buat manusia. Mohon pencerahan daripada pihak Jabatan Mufti. Terima kasih, jazakumullahu khairan kathiran.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, walaupun Allah SWT telah menyatakan bumi sebagai tempat tinggal manusia, ini tidak bermakna manusia tidak boleh melakukan sebarang penerokaan terhadap angkasa untuk melihat keagungan dan kebesaran Allah SWT. Tiada dalil yang menghalang daripada berbuat demikian. Tambahan pula penciptaan alam semesta ini termasuk bulan, bintang, matahari dan yang lainnya adalah untuk kehidupan manusia. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 30

message user image